Saturday, 22 March 2014

Selamat Bercuti

Cuti Seminggu....
Manfaatkannya. ..
Buku jgn dilupai
Solat Usah culas

Insya Allah jadi anak yg soleh

Monday, 10 March 2014

Tilawah Al Qur'an lelaki Ke Tiga MTQ Zon Sentul

Alhamdulillah,  Sk Segambut yg diwakili oleh amik Mah mud bin Maat berjasa mendapat tempat ke-3 dalam Majlis Tilawah Al Qur'an Sekolah-sekolah Zon Sentul. Beliau adalah pelabur 6 Al -Farabi.

Friday, 10 January 2014

Perkataan pinjaman Bahasa Arab dalam Bahasa Melayu

Sebutan dan erti masih sama dengan asalnya

  • abad, abadi, abah, abdi, adat, adil, amal, aljabar, almanak, awal, akhir
  • bakhil, baligh, batil, barakah
  • daftar, hikayat, ilmu, insan, hikmah, halal, haram,
  • khas, khianat, khidmat, khitan, kiamat
  • musyawarah, markas, mistar, mahkamah, musibah, mungkar, maut
  • kitab, kuliah, kursi, kertas, nisbah, nafas
  • syariat, ulama, wajib, ziarah.

Sebutan berubah, erti masih sama

  • berkah, barakat, atau berkat dari perkataan "barakah"
  • darjat dari perkataan "darajah"
  • khabar dari perkataan "khabar"
  • lafaz dari perkataan "lafazh"
  • zalim dari perkataan "zhalim"
  • makalah dari perkataan "maqalatun"
  • masalah dari perkataan "mas-alatuna"
  • mungkin dari perkataan "mumkinun"
  • rasmi dari perkataan "rasmiyyun"
  • soal dari perkataan "suaalun"
  • rezeki dari perkataan "rizq"
  • Sakarat dari perkataan "Zakarotil"
  • Nama-nama hari dalam seminggu : Ahad ("Wahid"), Isnin (Isnaini"), Selasa (Salasa"), Rabu ("Arba'a"), Khamis ("Khomsa"), Jumaat dan Sabtu

Sebutan dan erti berubah dari sebutan dan erti semula

  • "keparat" dalam bahasa Melayu merupakan perkataan maki yang kira-kira bersepadan dengan perkataan sialan, berasal dari perkataan "kafarat" yang dalam bahasa Arab bererti tebusan atau denda.
  • "loghat" dalam bahasa Melayu bermakna dialek, berasal dari perkataan "lughah" yang bermakna bahasa.
  • "naskah" dari perkataan "nuskhatun" yang bermakna secarik kertas.
  • "perlu", berasal dari perkataan "fardhu" yang bermakna harus.
  • "petua" dalam bahasa Melayu bermakna nasihat, berasal dari perkataan "fatwa" yang bermakna pendapat hukum.

Sebutan sebenar, ertinya berubah

  • ahli
  • "kalimat" dalam bahasa Melayu bermakna rangkaian kata-kata, berasal dari bahasa Arab yang bermakna kata.
  • siasat
  • Hakim dalam Bahasa Melayu bermakana pegawai yang dilantik untuk mengadili sesuatu perbicaraan di mahkamah, berasal dari bahasa Arab yang bermakana Bijaksana

Monday, 4 February 2013

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...