Membina Generasi al-Qur'an melalui j-QAF (Jawi, al-Qur'an, Bahasa Arab dan Fardhu Ain)
Tuesday, 14 October 2014
Saturday, 22 March 2014
Selamat Bercuti
Cuti Seminggu....
Manfaatkannya. ..
Buku jgn dilupai
Solat Usah culas
Insya Allah jadi anak yg soleh
Monday, 10 March 2014
Tilawah Al Qur'an lelaki Ke Tiga MTQ Zon Sentul
Alhamdulillah, Sk Segambut yg diwakili oleh amik Mah mud bin Maat berjasa mendapat tempat ke-3 dalam Majlis Tilawah Al Qur'an Sekolah-sekolah Zon Sentul. Beliau adalah pelabur 6 Al -Farabi.
Friday, 10 January 2014
Perkataan pinjaman Bahasa Arab dalam Bahasa Melayu
Sebutan dan erti masih sama dengan asalnya
- abad, abadi, abah, abdi, adat, adil, amal, aljabar, almanak, awal, akhir
- bakhil, baligh, batil, barakah
- daftar, hikayat, ilmu, insan, hikmah, halal, haram,
- khas, khianat, khidmat, khitan, kiamat
- musyawarah, markas, mistar, mahkamah, musibah, mungkar, maut
- kitab, kuliah, kursi, kertas, nisbah, nafas
- syariat, ulama, wajib, ziarah.
Sebutan berubah, erti masih sama
- berkah, barakat, atau berkat dari perkataan "barakah"
- darjat dari perkataan "darajah"
- khabar dari perkataan "khabar"
- lafaz dari perkataan "lafazh"
- zalim dari perkataan "zhalim"
- makalah dari perkataan "maqalatun"
- masalah dari perkataan "mas-alatuna"
- mungkin dari perkataan "mumkinun"
- rasmi dari perkataan "rasmiyyun"
- soal dari perkataan "suaalun"
- rezeki dari perkataan "rizq"
- Sakarat dari perkataan "Zakarotil"
- Nama-nama hari dalam seminggu : Ahad ("Wahid"), Isnin (Isnaini"), Selasa (Salasa"), Rabu ("Arba'a"), Khamis ("Khomsa"), Jumaat dan Sabtu
Sebutan dan erti berubah dari sebutan dan erti semula
- "keparat" dalam bahasa Melayu merupakan perkataan maki yang kira-kira bersepadan dengan perkataan sialan, berasal dari perkataan "kafarat" yang dalam bahasa Arab bererti tebusan atau denda.
- "loghat" dalam bahasa Melayu bermakna dialek, berasal dari perkataan "lughah" yang bermakna bahasa.
- "naskah" dari perkataan "nuskhatun" yang bermakna secarik kertas.
- "perlu", berasal dari perkataan "fardhu" yang bermakna harus.
- "petua" dalam bahasa Melayu bermakna nasihat, berasal dari perkataan "fatwa" yang bermakna pendapat hukum.
Sebutan sebenar, ertinya berubah
- ahli
- "kalimat" dalam bahasa Melayu bermakna rangkaian kata-kata, berasal dari bahasa Arab yang bermakna kata.
- siasat
- Hakim dalam Bahasa Melayu bermakana pegawai yang dilantik untuk mengadili sesuatu perbicaraan di mahkamah, berasal dari bahasa Arab yang bermakana Bijaksana
Thursday, 2 January 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)